Saturday 27 April 2013

Latihan Kata Hubung ( II )



B. Pilih jawapan yang paling sesuai.

walaupun
supaya
kecuali
lalu
kerana
tetapi
sambil


1. Susi hendak pergi berkelah __________ ibunya tidak membenarkannya.

2. Kereta itu bergerak _________ membelok ke kanan jalan.

3. Nora menyanyi ___________ menari di atas pentas.

4. Semua murid hadir __________ Azman.

5. Azral berjaya dengan cemerlang ___________ dia rajin belajar.

6. Kamarul memakai kasut __________ kakinya tidak kotor.

7. Ayah lewat tiba di rumah __________ terperangkap dalam 
    kesesakan lalu lintas.

8. Azlina tetap terseyum ___________ sedang menghadapi kesusahan.

C. Bina ayat majmuk menggunakan kata hubung yang sesuai.

1.  Laily gagal dalam ujiannya. (kerana)
    Laily malas membaca buku.
    ____________________________________________________

2. Pertandingan itu akan diadakan pada hari ini? (atau)
    Pertandingan itu akan diadakan pada hari esok?
    ____________________________________________________


3. Aiman  berumur tiga tahun. (tetapi)
    Dia pandai membaca akhbar.
    ____________________________________________________

4. Kucing itu berlari. (lalu)
    Kucing itu masuk ke dalam rumah.
    ____________________________________________________


Jawapan
A
1. lalu
B
1. tetapi

2. sambil

2. lalu

3. dan

3. sambil

4. kerana

4. kecuali

5. dan

5. kerana

6. atau

6. supaya

7. tetapi

7. kerana

8. sambil

8. walaupun

9. tetapi



10.lalu


   C
1.     Laily gagal dalam ujiannya kerana malas membaca buku.

2.    Pertandingan itu akan diadakan pada hari ini atau esok?

3.    Aiman berumur tiga tahun tetapi dia pandai membaca akhbar.

4.    Kucing itu berlari lalu masuk ke dalam rumah.

No comments:

Post a Comment