Saturday 27 April 2013

Kata Sendi



1.  Kata Sendi digunakan sebagai kata depan kepada kata nama.
 
2.  Ia dgunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan kata atau 
     frasa-frasa lain.

3.  Contoh kata sendi dan penggunaannya dalam ayat :

 a)  daripada  
     - menunjukkan punca bagi manusia, perbandingan, benda dan asal kejadian.
     - Contoh:  Salmi menerima sepucuk surat daripada kawannya.

 b)  dari         
     - menunjukkan tempat atau masa.
     - Contoh: Ibu menjahit baju dari pagi hingga ke malam. 

 c)  kepada     
     - menunjukkan tempat, orang atau haiwan yang ditujui.
     - Contoh: Encik Kamarul memberi hadiah kepada isterinya.

 d)  pada        
     - menunjukkan masa, tempat dan manusia.
     - Contoh: Murad dan kawan-kawannya bermain bola pada waktu petang. 

 e)  di            
     - menunjukkan tempat.
     - Contoh: Suria belajar di Sekolah Kebangsaan Desa Pandan.

 f)  oleh         
     - digunakan selepas kata kerja pasif berawalan di- dan ter-.
    - Contoh: Raga ini dibuat oleh Pak Abas.

 g)  ke            
      - menunjukkan tempat atau arah.
      - Contoh: Ali berbasikal ke sekolah.

 h)  untuk       
      - menentukan sesuatu.
      - Contoh: Pak Mat mencangkul tanah untuk menanam pokok durian.

 i)   dengan     
      - menunjukkan maksud menggunakan sesuatu.
      - Contoh : Ayah memotong kayu dengan gergaji.






No comments:

Post a Comment