Tuesday, 23 April 2013

Kata Ganti Nama Diri




1.  Kata Ganti Nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan kata  nama   orang. 

2. Terdapat tiga jenis kata ganti nama diri, iaitu:

   a)  Kata ganti nama diri pertama

     Contoh :  saya, aku, hamba, kami, beta, patik, kita

       Contoh ayat  :           

          (i)   Saya belajar di Tahun 3 Merah.                                
          (ii)  Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh
         (iii)  "Beta tidak suka rakyat yang menderhaka," titah Sultan Idris.

  b)  Kata ganti nama diri kedua

       Contoh  :  anda, kamu, engkau, awak, tuanku, saudara 

       Contoh ayat  :  

          (i)   Anda terpilih sebagai pemenang bertuah. 
         (ii)   Kamu tidak boleh bising di perpustakaan.
        (iii)   "Adakah ini pensel awak?" tanya Liza kepada Kuma.

  c) Kata ganti nama diri ketiga

      Contoh  :  ia, beliau, dia, mereka, baginda, -nya

      Contoh ayat 

         (i)   Dia berjalan kaki ke sekolah.
        (ii)   Beliau seorang guru yang berwawasan.
        (iii)  Fauzi dan Fazley bersahabat baik. Mereka selalu pergi ke sekolah
               bersama-sama.

No comments:

Post a Comment