Saturday 27 April 2013

Latihan Kata Hubung ( II )



B. Pilih jawapan yang paling sesuai.

walaupun
supaya
kecuali
lalu
kerana
tetapi
sambil


1. Susi hendak pergi berkelah __________ ibunya tidak membenarkannya.

2. Kereta itu bergerak _________ membelok ke kanan jalan.

3. Nora menyanyi ___________ menari di atas pentas.

4. Semua murid hadir __________ Azman.

5. Azral berjaya dengan cemerlang ___________ dia rajin belajar.

6. Kamarul memakai kasut __________ kakinya tidak kotor.

7. Ayah lewat tiba di rumah __________ terperangkap dalam 
    kesesakan lalu lintas.

8. Azlina tetap terseyum ___________ sedang menghadapi kesusahan.

C. Bina ayat majmuk menggunakan kata hubung yang sesuai.

1.  Laily gagal dalam ujiannya. (kerana)
    Laily malas membaca buku.
    ____________________________________________________

2. Pertandingan itu akan diadakan pada hari ini? (atau)
    Pertandingan itu akan diadakan pada hari esok?
    ____________________________________________________


3. Aiman  berumur tiga tahun. (tetapi)
    Dia pandai membaca akhbar.
    ____________________________________________________

4. Kucing itu berlari. (lalu)
    Kucing itu masuk ke dalam rumah.
    ____________________________________________________


Jawapan
A
1. lalu
B
1. tetapi

2. sambil

2. lalu

3. dan

3. sambil

4. kerana

4. kecuali

5. dan

5. kerana

6. atau

6. supaya

7. tetapi

7. kerana

8. sambil

8. walaupun

9. tetapi



10.lalu


   C
1.     Laily gagal dalam ujiannya kerana malas membaca buku.

2.    Pertandingan itu akan diadakan pada hari ini atau esok?

3.    Aiman berumur tiga tahun tetapi dia pandai membaca akhbar.

4.    Kucing itu berlari lalu masuk ke dalam rumah.

Latihan Kata hubung ( I )



A. Gariskan kata hubung dengan betul.

1. Dia mengambil majalah itu __________( lalu , serta ) membacanya.

2. Mereka bersiar-siar __________( dan , sambil ) menghisap udara segar.

3. Bangunan bersejarah perlu dipelihara __________( atau , dan ) dikekalkan.

4. Farid kekenyangan _________( kerana , dan ) minum air terlalu banyak.

5. Zalela ________( atau , dan ) ibunya makan di Restoran Singgahlalu.

6. Kamu suka makan daging ayam ________ ( sambil , atau ) kambing?

7. Baju itu sudah lama _________ ( tetapi , dan ) masih cantik.

8. Nazri membuka laci _________ ( lalu , sambil ) mengambil duit syiling.

9. Rosli kurus _________ ( atau , tetapi ) dia kuat makan.

10. Budak itu terjatuh _________ ( atau , lalu )  menangis.

Kata Hubung



1. Kata hubung digunakan untuk menggabungkan lebih daripada satu ayat.

2. Contoh kata hubung dan penggunaannya dalam ayat.

   a) sambil
    Contoh: Raja menonton televisyen sambil makan burger.

   b) tetapi
       Contoh: Walaupun Encik Salleh kaya tetapi dia tidak sombong.

   c) kerana
       Contoh: Jalil selalu dimarahi ibunya kerana terlalu nakal di sekolah.

   d) atau
       Contoh: Awak hendak makan mi goreng atau nasi lemak?

   e) dan
       Contoh: Saya dan Amira berkawan baik.

   f) agar
       Contoh: Ingatlah semua nasihat ibu bapa agar kita berjaya dalam hidup.

   g) supaya
       Contoh: Ibu menyuruh Aiman bersarapan sebelum ke sekolah supaya 
                   tidak  kelaparan di sekolah.

   h) lalu
       Contoh: Ayah membuka laci lalu mengambil sabatang pen.

   i) serta
      Contoh: Rahimah dan Ah Meng, serta rakan-rakan sekelasnya melawat 
                  ke Petrosains Kuala Lumpur.