Saturday 27 April 2013

Kata Hubung



1. Kata hubung digunakan untuk menggabungkan lebih daripada satu ayat.

2. Contoh kata hubung dan penggunaannya dalam ayat.

   a) sambil
    Contoh: Raja menonton televisyen sambil makan burger.

   b) tetapi
       Contoh: Walaupun Encik Salleh kaya tetapi dia tidak sombong.

   c) kerana
       Contoh: Jalil selalu dimarahi ibunya kerana terlalu nakal di sekolah.

   d) atau
       Contoh: Awak hendak makan mi goreng atau nasi lemak?

   e) dan
       Contoh: Saya dan Amira berkawan baik.

   f) agar
       Contoh: Ingatlah semua nasihat ibu bapa agar kita berjaya dalam hidup.

   g) supaya
       Contoh: Ibu menyuruh Aiman bersarapan sebelum ke sekolah supaya 
                   tidak  kelaparan di sekolah.

   h) lalu
       Contoh: Ayah membuka laci lalu mengambil sabatang pen.

   i) serta
      Contoh: Rahimah dan Ah Meng, serta rakan-rakan sekelasnya melawat 
                  ke Petrosains Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment